Sunday, 13 November 2011

ISU PEMBUANGAN BAYI

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI

1.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
2. Faktor lain yang sering diperkatakan dan ianya benar adalah kurangnya kefahaman agama di dalam diri seseorang. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama di kalangan anggota masyarakat hari ini begitu memberangsangkan, tetapi semangat itu tidak menyeluruh dan hanya tertumpu kepada golongan-golongan tertentu sahaja.
Tidak dapat dinafikan bahawa, apabila kurangnya didikan agama, maka rohani akan sakit, keinginan hidup bertuhan itu akan menjadi kosong.Apabila perasaan bertuhan tidak ada lagi di dalam diri, maka nafsu dengan panduan syaitan akan mengambil tempat.
Maka, apa yang positif dipandang negatif, dan apa yang negatif dipandang positif boleh menjamin keseronokan…Walaupun kadang-kadang mereka mengetahui…

3.  Faktor ketiga adalah penyajian hiburan tanpa batas kepada masyarakat, di mana para remaja yang berdarah panas suka mencuba adalah merupakan anggota masyarakat ini.
Penayangan filem-filem yang berunsur lucah, penjualan cd-cd lucah, penyebaran gambar lucah di dalam internet tanpa kawalan menjadi pemangkin pada penzinaan.
Maka dari penzinaan tanpa segan silu ini, melahirkan anak-anak luar nikah yang dibuang merata-rata tempat, yang kadang kala mati menjadi habuan binatang-binatang liar…
Manusia sudah tidak lagi malu sesama manusia, yang lebih malang, manusia sudah tidak malu kepada Penciptanya.

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI
1.Kesan Kepada Bayi Yang Dilahirkan:

Bayi yang dilahirkan oleh remaja yang terlibat sama ada cukup bulan atau tidak, akan terbiar dan natijahnya terpaksa dibuang bagi menutup malu atau bimbang ditangkap sehingga mendesak mereka membunuh bayi atau meninggalkan bayi di tempat yang sunyi.

Bayi yang terselamat akan mengalami banyak masalah termasuk identifikasi dan mempunyai masa hadapan yang suram dalam masyarakat kerana akan dikategorikan sebagai anak luar nikah atau anak haram.

2.  Kesan Kepada Ibu Yang Melahirkan:

Ibu yang melahirkan anak berkenaan juga akan mengalami trauma dan tekanan perasaan kerana terpaksa membuang bayi yang demanding selama sembulan bulan Sembilan hari sehingga mengalami kemurungan sepanjang hayat. Besar kemungkinan akan disisihkan masyarakat dan akan menjalani hukuman berat termasuk penjara atau ditempatkan di pusat pemulihan akhlak.


5.  Kesan Kepada Negara:

Negara akan kehilangan identiti apabila rakyatnya berkecamuk dengan pelbagai masalah sosial akibat kehadiran ramai anak haram yang dihasilkan daripada seks bebas sehingga demografi tidak menentu dan sukar bagi kerajaan merancang pembangunan infrastruktur, terutama sistem pendidikan dan perumahan.

No comments:

Post a Comment