Saturday 17 December 2011

GENGSTERISME

GENGSTERISME




Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud dikalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila pelajar perempuan dan murid sekolah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme.






Maksud gengsterisme

-         Sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan.




Faktor-faktor gengsterisme

-         Keluarga-kegagalan ibu bapa memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya –kesibukan mereka mencari rezeki untuk menampung keluarga-terdapat juga ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah.

-         Media-perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain. Mediamassa yang berbentuk cetak atau elektronik semakin sukar dikawal. Remaja terpengaruh dengan denganfilem yang tidak bermoral-budaya orang barat yang tidak beretika

-         Rakan sebaya-semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil menjurus kepada pembentukan atau geng samseng-membawa pembentukan gaya sendiri dalam kalangan mereka

-         Pencapaian akademik yang rendah-pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempunyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumpulan gangster.-penglibatan tersebut mendapat sokongan moral yang membolehkan diri mereka mempunyai identity yang tersendiri





Kesan-kesan

1.      Membawa kesan negatif kepada sekolah
2.      Mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran
3.      Mewujudkan budaya takut bagi masyarakat untuk melakukan aktiviti harian
4.      Berlakunya vandalisme dan merosakkan harta benda awam





PELACURAN

PELACURAN


Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang jugauntuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan namun ada juga lelaki.

Pelacur merujuk kepada lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual secara sukarela bagi imbuhan wang. Sekiranya secara paksaan ia disebut rogol.

Pelacur biasanya terdedah kepada penyakit kelamin dan cenderung mendapat penyakit barah pangkal rahim. Barah pangkal rahim dipercayai disebabkan oleh virus papilloma manusia(Human Papilloma Virus(hpv)) yang sering terdapat pada sel pangkal rahim apabila mereka didapati mempunyai perubahan pra-barah atau barah.




Kesan-kesan pelacuran
                                                                                                                                                          
  1. -         Penyakit  berjangkit seperti herpes, sifilis, AIDS dan HIV
  2. -         Mengalami penyakit mental dan psikologi
  3. -         Risiko mengandung anak luar nikah
  4. -         Berlakunya pembuangan bayi
  5. -         Pengambilan kepada dadah seperti pil khayal dan pil ecstacy
  6. -         Menjatuhkan maruah keluarga dan masyarakat
  7. -         Masyarakat yang tidak bermoral terbentuk
  8. -         Masalah sosial semakin meningkat





Faktor pelacuran



-         Faktor ekonomi- keadaan ekonomi yang tidak menentu membawa kepada pengangguran, kemiskinan, hutang, peningkatan kos hidup dan peluang pekerjaan yang tidak seimbang.

-         Faktor sosial- keruntuhan moral seperti kurang didikan asas agama serta penghayatan agama menyebabkan nilai murni budaya semakin menipis. Selain itu, keruntuhan rumahtangga seperti masalah penceraian menyebabkan anak-anak tertekan.

-         Faktor persekitaran-  faktor seperti faktor pujukan munickari(barua) disebabkan oleh pekerjaan dan mereka terpengaruh daripada rakan-rakan apabila mempunyai maslaah keluarga. Pelancong luar turut membawa kesan negatif kepada budaya tempatan.




Friday 2 December 2011

PERKAHWINAN

ok, class minggu lepas (26/11/2011) kitrg bincg tentang Marriage! topik y sgt menarik kn???..:) hehehe
imagine law kita da kawin....%$#*(()...:))))))))))..bhgia ny..!!!!!!





so,topik n dbincangkan scr umum so..ktrg da divide kpd 5 persoalan..soalan y grup nie dpt ialah

----Perkahwinan adalah seperti 2 keping Jingsaw Puzzle!....---

apa yang kitorang faham mengenai tjuk nie ialah


  •  perkahwinan nie ialah satu simbolik di mana 2 hati bersatu menjadi satu hehehe...logik x 2 hati jadi 1? andaikan j la ek hati 2..

maksudnya, pasangan yang berkahwin selalunya berkongsi minat, hobi dan tabiat yang sama.Dengan kata lain, mereka nie bercinta dahulu kemudian berkahwin atas dasar suka sama suka...



  • Selain itu quotes nie jgk mengandaikan 2 keping puzzle nie sebagai saling melengkapi..mksudnya kat sini setiap keping puzzle tue memberi satu makna kepada puzzle yang lain.. Dalam kata lain jugak, tanpa satu keping puzzle nie, puzzle y lain xkan lengkap tanpany...Begitu juga lah dengan kehidupan kita apabila dah berkahwin..Byangkan puzzle tue adalah diri kita, tanpa pasangan kita disisi kita xkan sempurna..tol x? hehe..


(contohnya, masa persandingan nti, xkan kita nak duduk sorg2 j atas pelamin 2 msti kena ada pasangan ny jgk kn) :)

selain itu jugak, macam kita nie,law da kahwin dengan pasangan kita automatik juga kita kahwin dengan family dia..fhm kn mksud sy?..:)



Penceraian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera........


Tahukah anda bahawa di Malaysia, kes-kes perceraian semakin meningkat setiap tahun?


Satu statistik yang amat menggemparkan tanahair pernah dikeluarkan oleh pihak JAKIM di mana di Malaysia kini, terjadinya 1 kes perceraian untuk setiap 15 minit di kalangan pasangan suami-isteri yang beragama Islam!

Berikut adalah buktinya yang diambil dari keratan akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia :



Fakta ini telah dikeluarkan sendiri oleh pihak JAKIM dan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Tak tidur lena, fikirkan mampukah anda kekalkan perkahwinan anda.
Tertekan dengan masalah konflik rumahtangga yang kadang-kala melanda.
Rumahtangga sering dilanda masalah dan pelbagai krisis.
Hubungan tidak semesra sebelum berkahwin dan ketika zaman bercintan-cintun dulu-dulu.
Masalah komunikasi diantara pasangan anda, masalah salah-faham sering terjadi.
Sering berlaku situasi seperti: Apa yang anda katakan kepada pasangan, lain yang difahami oleh pasangan anda.
Masalah 'bilik tidur' dan kurang kepuasan.
Anda syak pasangan anda berlaku curang!
Sering bergaduh dengan pasangan.





  • Kurang pendedahan dan pengetahuan sejak sebelum berkahwin bagaimana cara berkesan untuk mengendalikan konflik rumahtangga.
  • Anda mula rasakan, anda dan pasangan kini hadir dari dua ‘dunia’ berbeza. Amat sukar untuk memahami pasangan anda. Waktu sebelum berkahwin lain, kini dah kahwin lain pula perangainya.
  • Takut dan gerun rasanya bila melihat kes-kes perceraian dikalangan pasangan suami-isteri kian meningkat. Kalau boleh anda pun taknak la menjadi ‘penyumbang’ kepada statistik kes perceraian tersebut.
  • Tak tahu secara jelas apakah sebenarnya punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian.
  • Mungkinkah apa yang anda lakukan ataupun kesilapan-kesilapan lampau bersama pasangan anda merupakan punca perceraian yang selama ini anda tidak ketahuinya.
  • Kalau ada masalah rumahtangga, rasa buntu untuk fikirkan jalan penyelesaian terbaik. Patutkah minta bantuan ‘orang ketiga’ seperti rakan-rakan atau ibubapa? Awas! Ini adalah salah-satu punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian jika anda awal-awal lagi mohon bantuan ‘orang ketiga’ tersebut.


  • Perasaan saling cinta-mencintai antara anda berdua akan kian pudar lalu akan sampai satu tahap ianya tidak boleh menjadi mekar kembali.
  • Hidup anda akan tertekan hingga boleh mendatangkan kesan terhadap prestasi anda di tempat kerja.
  • Membuatkan anda tidak tenang kerana sering pening kepala akibat terlalu tertekan memikirkan masalah rumahtangga yang tiada jalan penyelesaiannya.
  • Secara tidak sedar, sikap anda yang hanya membiarkan sahaja masalah rumahtangga anda begitu sahaja tanpa usaha menyelesaikannya bakal membuatkan anda sedang menuju ke jalan perceraian secara tidak anda sedari!


Akibat Perceraian


  • Anak menjadi korban
  • Gangguan emosi
  • Dampak untuk orang tua
  • Masalah pengasuhan anak
  • Bahaya masa remaja kedua


Oleh itu,penceraian bukan lah jalan penyelesaian sesuatu masalah tetapi penambahan sesuatu
 masalah ke dalam masalah lagi.



Thursday 1 December 2011

Satu Malaysia

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

          Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

          Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

          Secara umumnya, gagasan Satu Malaysia dilihat sebagai tepat pada masanya dan berada pada landasan yang betul untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang maju seterusnya mencapai wawasan 2020. Satu Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat – paling penting bagi memastikan tiada rakyat di negara ini terpinggir daripada arus pembangunan. Malah setiap rakyat sama ada daripada kelompok kecil atau besar tidak akan dipinggirkan sebaliknya diberikan bantuan sama rata.

           Gagasan ini juga bertujuan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai sebuah negara yang kuat dan maju tetapi juga menjadikan rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hidup bersatu padu sebagai satu bangsa. Melalui gagasan Satu Malaysia ini, rakyat pelbagai kaum, agama dan latar hidup disatukan bagi melahirkan satu bangsa dengan satu impian sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa.

          Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong usaha membawa negara ini menjadi sebuah negara maju, kuat, bersatu serta dihormati, gagasan Satu Malaysia ini wajar disokong dan didokong oleh semua pihak. Walaupun ada pihak yang mempertikaikan dan mentafsirkan gagasan ini sebagai bakal menghakis hak dan kesitimewaan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera lainnya, pandangan cetek begini perlu disangkal. Apa yang jelas, gagasan Satu Malaysia ini masih berlandaskan atau berpaksikan kepada Perlembagaan dengan memastikan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera akan terus dipelihara dan dalam masa yang sama hak-hak kaum lain akan terus dibela dan dihormati.

Friday 18 November 2011

PERGAULAN BEBAS

Hye all!!! Next entry kita akan follow up dengan topic nie ok!..:)



PENGERTIAN PERGAULAN BEBAS

Dari segi bahasa, pergaulan ialah proses bergaul
Dari segi bebas pula bermaksud terlepas dari ikatan..
makna penuhnya ialah proses bergaul dengan orang
lain dan terlepas dari ikatan yang mengatur pergaulan. 




Islam telah mengatur bagaimana cara bergaul dengan berlawanan jenis.
Hal ini telah disebut dalam surah An Nur ayat 30-31.





DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI


"  Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "


 "  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
 
(Surah an-Nur : 30 - 31)





 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERGAULAN BEBAS!




~Pengetahuan yang kurang mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
~Arus kemodenan yang semakin maju
~Gaya hidup yang moden
~Faktor persekitaran
~Konflik kehidupanYour browser may not support display of this image.


    Cara mengatasi : 
    ~Kukuhkan benteng keimanan
    ~Jaga batas-batas pergaulan
    ~Elakkan bertemu secara berdua-duaan (seeloknya bawa salah seorang ahli keluarga).
    ~Bertemu jika ada kepentingan
    ~Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah
    *Tidak dinafikan pada masa sekarang teknologi pun semakin canggih dan dunia bertambah moden sama juga dengan kehidupan kita sekarang...ini menunjukkan gejala nie semakin susah nak di kekang...walaupun susah at least kita cuba supaya mana tahu dengan niat yang baik kita dapat atasi sedikit demi sedikit....insyaallah!!! mudah mudahan....:) 

ISU RASUAH DI MALAYSIA

Definisi Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas member wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
·         Meminta/Menerima Rasuah
·         Menawar/Memberi Rasuah
·         Membuat Tuntutan Palsu
·         Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bukti Kesungguhan Pak Lah
RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan negara menjelang 2020.
Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.
Hal ini bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi.
Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah dan penyelewengan.
Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil pendekatan dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun, akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah, hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu dicapai, terutama dengan sokongan seluruh rakyat.
Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan membanteras rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di Parlimen bakal memantapkan lagi institusi berkenaan selepas terjejas teruk berikutan krisis kehakiman yang melanda sebelum ini. Kita berharap semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan bagi memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir urus yang dijalankan telus dan memanfaatkan rakyat.  Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara ini melepasi halangan dan krisis ekonomi yang tidak nampak penghujungnya. Jadi menerusi rang undang-undang bersejarah ini, semua pihak perlu melihat ke depan untuk bersama berganding bahu dengan kerajaan dalam mencapai Misi Nasional negara.
Penjawat Awam Perlu Integriti Atasi Cabaran Ekonomi: Najib
Datuk Seri Najib Razak menggariskan enam pendekatan yang perlu diamalkan kakitangan awam bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi global, termasuk meminta pegawai peringkat atasan mengurangkan kuasa membuat keputusan mengikut budi bicara bagi mengelak amalan rasuah.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka perlu sentiasa berpegang kepada nilai integriti dalam sistem kerajaan, sekali gus menjadikan sektor perkhidmatan awam mempunyai integriti tinggi.
Najib berkata, pendekatan lain perlu diberi perhatian kakitangan awam, terutama Kementerian Kewangan ialah memperkukuhkan modal keintelektualan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat.
Beliau berkata, Perbendaharaan yang turut menyediakan perkhidmatan kepada agensi dan kementerian lain perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya.
Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya fikir untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah.
Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan keputusan atau hasil projek pembangunan yang berkesan bagi memenuhi objektif setiap kementerian dan kerajaan.
Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan yang disediakan kerajaan untuk projek pembangunan dapat memberi nilai sewajarnya.
Selain itu, Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang amat mencabar bagi Perbendaharaan untuk menangani kesan krisis ekonomi.
Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era BaruOleh Abdul Rahman Sulaiman

CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar dan membicarakan kes rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin, memberi petanda yang cukup meyakinkan mengenai kesungguhan pihak berkuasa dalam memerangi jenayah yang boleh menghancurkan negara itu.
Menurut Nazri, yang membuat pengumuman itu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian diluluskan di Dewan Rakyat, penubuhan mahkamah berkenaan bukan saja dapat mengatasi masalah kes tertunggak, tetapi juga membuktikan kesungguhan kerajaan menerima cadangan orang ramai, termasuk daripada pembangkang.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa anggota Dewan Rakyat mencadangkan agar mahkamah seumpama itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban mahkamah biasa yang memang sudah dibebani dengan timbunan kes jenayah lain dan sivil.
Dengan adanya mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk mengendalikan kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya, maka sudah pasti kes demikian dapat diselesaikan dengan lebih pantas dan licin tanpa terpaksa menunggu senarai giliran yang panjang.
Hal ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa sinis terhadap usaha kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini. Memang tidak dinafikan bahawa persepsi umum, termasuk di kalangan orang luar, mengenai rasuah di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu tidak seburuk di sesetengah negara membangun lain.
Berdasarkan kepada persepsi negatif ini, maka penubuhan Mahkamah Khas Rasuah seiring dengan kelulusan yang diberikan Parlimen terhadap penubuhan SPRM nanti, serta pembentukan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008 yang sedang dan akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membuka era atau lembaran baru dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
Perlu diingat bahawa usaha memerangi rasuah berbentuk dua dimensi, iaitu pencegahan dan pendakwaan. Dalam hubungan ini, penubuhan mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta Perlindungan Saksi ditambah dengan usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti Institut Integriti Nasional, diharapkan mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang akan menakutkan individu atau golongan yang mempunyai kecenderungan rasuah.
Jika ini boleh dijelmakan sebagai kenyataan, maka sebahagian daripada peperangan terhadap rasuah sudah berjaya. Pendakwaan hanya akan berperanan sebagai pelengkap kepada usaha itu.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan hukuman tidak penting. Adalah sesuatu yang lumrah bahawa manusia itu terdiri daripada dua jenis – yang baik dan jahat. Individu yang secara tabiatnya jahat akan terus memiliki kecenderungan untuk membuat kejahatan, termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan yang ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.
Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah keperluan untuk menzahirkan dalam bentuk tindakan hasrat yang tersemat di sebalik penubuhan pelbagai entiti dan undang-undang yang sudah dan akan diluluskan Parlimen nanti.
Satu-satunya perkembangan yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah lebih banyak kes berkaitan rasuah, khususnya yang besar-besar, disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Perkara ini secara langsung akan meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam dan luar negara, sekali gus memperbaiki imej Malaysia pada mata dunia. Semua ini akan memberi sumbangan positif terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk menambah kemakmuran negara dan rakyat.
Masalah kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil ke hadapan, kekurangan kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang selama ini sering menghindar usaha Badan Pencegah Rasuah sepatutnya tidak akan wujud lagi dengan adanya SPRM dan Akta Perlindungan Saksi.
Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas bahawa tindakan perundangan yang digerakkan sepanjang minggu ini untuk merintis jalan bagi penubuhan SPRM dan SPK serta pengenalan undang-undang baru untuk melindungi saksi dan mengawal tingkah laku hakim adalah lebih daripada usaha menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004.
Ia juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak, untuk meninggalkan legasi pemerintahannya sebelum melepaskan jawatan Mac tahun depan.
Sesungguhnya, usaha itu adalah permulaan sebuah era baru dalam sejarah negara memerangi rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara ini dikenali dan diiktiraf sebagai negara paling bersih di dunia.
Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama Oleh Abdul Rahman Sulaiman
rahmansulaiman@yahoo.comrahmansulaiman@yahoo.com
Sumber : Mingguan Malaysia
Pandangan Islam Mengenai Rasuah
 Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud “Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”. Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud  “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”. Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas membuktikan bahawa Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Punca Berlakunya Rasuah
Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.
v  Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.
v  Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya.
v  Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi.
v  Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.
v  Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik.
v  Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
Kesan-Kesan Rasuah

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :

• Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
• Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.
• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
• Memudahkan Urusan Menggunakan ICT Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.