GENGSTERISME
Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud dikalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila pelajar perempuan dan murid sekolah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme.
Maksud gengsterisme
- Sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan.
Faktor-faktor gengsterisme
- Keluarga-kegagalan ibu bapa memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya –kesibukan mereka mencari rezeki untuk menampung keluarga-terdapat juga ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah.
- Media-perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain. Mediamassa yang berbentuk cetak atau elektronik semakin sukar dikawal. Remaja terpengaruh dengan denganfilem yang tidak bermoral-budaya orang barat yang tidak beretika
- Rakan sebaya-semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil menjurus kepada pembentukan atau geng samseng-membawa pembentukan gaya sendiri dalam kalangan mereka
- Pencapaian akademik yang rendah-pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempunyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumpulan gangster.-penglibatan tersebut mendapat sokongan moral yang membolehkan diri mereka mempunyai identity yang tersendiri
Kesan-kesan
1. Membawa kesan negatif kepada sekolah
2. Mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran
3. Mewujudkan budaya takut bagi masyarakat untuk melakukan aktiviti harian
4. Berlakunya vandalisme dan merosakkan harta benda awam